top of page

INFO dan KHASIAT BIDARA...

​

Pohon Bidara (Sidr) diketahui ramai sebagai penawar untuk gangguan dengan kaedah mandian menggunakan daunnya. Ia telah disebut di dalam Surah As-Saba' ayat 16, Surah Al-Waqiah ayat 28 dan seperti juga subjek lain, sekiranya ia mendapat tempat di dalam Al-Quran, sudah tentunya ada banyak rahsia kebaikan disebaliknya.

​

Dikatakan juga, apabila Nabi Adam a.s. ketika jatuh ke bumi, buah pertama yang dimakannya ialah buah Bidara atau Nabaq dalam bahasa Arab.

​

Di dalam Surah An Najm, dalam ayat-ayat 13 dan 16 ada disebut tentang Sidratil Muntaha, tempat di langit tertinggi iaitu langit ke tujuh. Rasulullah SAW telah dibawa ke sini semasa perjalanan Mi'raj dan Baginda telah melihat sendiri pelbagai kebesaran Allah di sana.

​

Antaranya terdapat Pohon Bidara yang teramat besar dan kecantikannya hingga tidak dapat diceritakan. Setiap daunnya sebesar telinga gajah, buahnya sebesar tempayan. Akar-akarnya menjalar ke bawah sehingga ke langit ke enam. Dari batang pokok, air seperti sungai mengalir keluar, dengan rasanya yang sangat nyaman.

​

Hadith-hadith berikut tentang pokok Bidara yang jelas menunjukkan betapa mulianya pohon ini di sisi Allah swt :

​

"Sesiapa yang memotong pokok Bidara maka Allah akan rendahkan kepalanya di dalam neraka."

(Riwayat Abu Dawud, dinilai sahih oleh al-Albani) dan,

​

"Hadith ini diriwayatkan secara ringkas. Maksudnya "sesiapa yang memotong pokok Bidara di tanah lapang tanpa sebarang sebab dan sia-sia, sedangkan ia menjadi tempat berteduh musafir dan haiwan, maka Allah rendahkan kepalanya di neraka." (Abu Daud sunan Abi Daud, 4/361, Beirut: Dar al-Fikr)

​

Sekiranya pokok Bidara ini ditempatkan di tempat yang paling tinggi, suci dan menjadi lambang kehebatan kuasa Allah swt, maka sudah tentunya pokok ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang luarbiasa kemujarabannya.

​

Daripada kajian-kajian makmal seluruh dunia yang telah dilakukan ke atas setiap bahagian pokok ini, terbukti terdapat terlalu banyak kebaikan dan penawar (medicinal properties) di dalam daun, buah, biji, kulit sehinggalah ke akar pokok ini.

​

Terdapat banyak spesis pokok Bidara, dan yang paling dikenali ialah spesis Ziziphus spina-christi (Tanah Arab) dan Ziziphus Mauritiana (Asia) . Nama saintifik ini berasal dari perkataan Arab Zizouf.

​

​

KEGUNAAN

 

Daun:
penyakit-penyakit hati yang kronik termasuk busung (ascites), hepatitis dan kanser hati, demam, lelah, cirit-birit, luka dan luka yang bernanah, radang dan bengkak, radang tonsil yang kronik, gonorhea, peluh berlebihan, radang mata (conjunctivitis), masalah kitaran haid.

 

Buah:
masalah paru-paru, demam, masalah hati, masalah penghadaman.

 

Bunga:
losyen untuk mata.

 

Kulit:
cirit-birit, radang usus (dysentery), radang gusi (gingivitis).

 

Akar:
gout, radang sendi, luka, menurunkan kadar histamin dalam tubuh, sawan.

 

SIFAT PERUBATAN

​

* Enzim-enzim antioksidan mengurangkan atau melawan unsur-unsur yang menyebabkan kerosakan pada hati seperti hepatotoxin (bahan kimia yang merosakkan hati). Hepatotoxin banyak terdapat dalam ubat-ubatan kimia dan alkohol.

​

*Berkesan melawan oxidative stress yang menyebabkan sel-sel rosak dan menjadi kanser.

 

*Mengandungi aktiviti antimicrobial iaitu tindakbalas yang melawan virus, bakteria dan kulat.

 

 *Mengandungi aktiviti hyperglycaemic atau antidiabetic (yang mengawal lebihan gula dalam darah) dalam ekstrak daun dan biji.

 

 *Mengandungi aktiviti immunomodulatory (yang berkesan positif pada sistem imune tubuh).

 

 *Mengandungi aktiviti antimicrobial (merencat pertumbuhan organisma yang menyebabkan penyakit atau pathogen).

 

 *Ekstrak bijinya merencatkan ketumbuhan sel HL-60 (sel lukemia).

 

 *Ekstrak daunnya bertindak ke atas bakteria seperti S. pyogenes dan E. coli

 

 *Tiada sebarang racun atau contraindication yang diketahui pada mana-mana bahagian pokok ini.

 

 *Anti radang (Anti-inflammatory)

INFO dan KHASIAT KELOR.....

​

Sebelum ini ramai yang mengetahui buah kelor atau dipanggil munggai di kawasan utara digunakan dalam masakan kerana rasanya enak dan mudah diperoleh. Selain buah, daunnya turut digemari untuk dijadikan sayur dan enak jika dimasak lemak.

​

Bagaimanapun, perkembangan pesat bidang bioteknologi menyebabkan tumbuhan yang juga nama saintifiknya Moringa Olifela kini dikomersialkan apabila daun, buah, batang serta akarnya boleh diproses menghasilkan pelbagai produk seperti teh, minyak, salad, syampu, sabun, jus dan kosmetik.

​

Pokok kelor dipercayai berasal dan kawasan sekitar Himalaya serta India dan disebarkan ke benua Afrika, Asia Tenggara dan Asia Barat. Di beberapa negara Afrika, termasuk Etiopia, Sudan, Madagaskar, Somalia, dan Kenya selain Arab Saudi dan Israel ia dijadikan tanaman untuk program pemulihan tanah kering dan gersang.

​

Ini disebabkan sifat tanaman itu yang mudah tumbuh di tanah gersang selain tahan lasak. Di Asia Tenggara, dahan kelor biasanya ditanam sebagai tiang pagar kerana ia mudah hidup, selain daun dan buahnya boleh dimakan. Pokoknya boleh membesar sehingga mencapai ketinggian 10 meter, daunnya kecil, batangnya rapuh manakala buahnya sebesar ibu jari dan panjangnya sehingga 60 sentimeter.

Biarpun manfaat Moringa sudah dikenali dan digunakan sebagai herba tradisional oleh suku kaum asli di beberapa negara, tetapi potensi khasiat tumbuhan ini hanya mula mendapat perhatian daripada saintis moden pada akhir abad ke-19.

​

Ilmu penggunaan Moringa oleh suku kaum asli direkodkan di 80 negara dalam lebih dari 200 bahasa tempatan. Biarpun nilainya dan segi perubatan sudah lama disedari, ia masih belum begitu meluas khususnya di kalangan masyarakat moden.

​

Tumbuhan itu mengandungi satu kompaun unik yang dikenail sebagai cytokini yang mana kajian saintifik dan klinikal mendapati ia amat sesuai untuk mempercepatkan tumbesaran. Selain itu ujian cytokini ke atas ternakan mendapati haiwan yang diberikan diet mengandungi bahan itu mampu meningkatkan pengeluaran susu, selain mempercepatkan penyembuhan atau penggantian sel rosak.

​

Kajian klinikal mendapati cytokini juga mengandungi unsur anti keuzuran atau penunaan, sekali gus membolehkan ia menjadi bahan awet muda atau merawat pehbagai penyakit. Katanya, walaupun akarnya terasa pahit, ia sangat berkesan untuk membantu sistem penghadaman, membasmi cacing parasit dalam usus, mengatasi sembelit, melegakan sistem saraf dan membina ketenangan dan meningkatkan tenaga batin.

​

Selain itu, ia juga sering digunakan untuk merawat lumpuh, demam, batuk, selsema, inflamasi salur nafas, paru-paru, sawan babi dan histeria. Daunnya juga berguna untuk menyembuhkan penyakit skurvi (gusi berdarah), anemia (kekurangan sel darah merah), mengimbangkan dan memulihkan sistem fungsi badan.

Malah Moringa atau kelor juga kaya dengan vitamin B, B1, B2, B3, C, D, E, antioxidan, fiber dan sumber klorofil yang tinggi. Ia membekalkan kandungan klorofil tertinggi dalam rekod tumbuhan yang dikenali sejak permulaan tamadun manusia.

​

Kelor juga mengandungi kompaun beta sitosterol yang berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dalam badan yang mana ia banyak digunakan untuk merawat darah tinggi di India.

Tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi kerana ia bersifat bebas racun atau tidak bertoksik selain mempunyai sejarah yang lama dalam bidang perubatan Ayurveda di kalangan masyarakat India.

Rekod Ayurveda mengenalpasti 300 ramuan daripada Moringa sesuai diamalkan untuk mengatasi dan merawat pelbagai penyakit. Pencairan zat dan jus hijau Moringa mempercepatkan penyerapan biologi badan dan larutan zat yang bersifat 100 peratus biokimia membolehkan badan menggunakannya terus tanpa proses penghadaman.

PATI KELOR BIDARA RIDAM
Khasiat Herba Nusantara & Sunnah
PATI KELOR BIDARA RIDAM
INFO HERBA PRODUK
bottom of page